WELCOME TO THE NO 5 SQUADRON OFFICIAL WEBSITE

Monday, September 6, 2010

MAJLIS PENYERAHAN KUIH RAYA KEPADA ANGGOTA DI OPS PASIR TAWAU

TAWAU – Satu majlis penyerahan bungkusan raya kepada Anggota Penugasan Ops Pasir Tawau, Sabah telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan iaitu Kol Abdul Mutalib bin Abdul Wahab TUDM kepada Ketua Penugasan Ops Pasir Mej Mohammad Fazri Bin Md Zain TUDM dari No 7 Skuadron, Pangkalan Udara Kuching. Anggota Penugasan Ops Pasir yang terdiri daripada 2 pegawai dan 22 anggota lain-lain pangkat sedang melakukan penugasan Ops Pasir selama 2 minggu. Kol Abdul Mutalib juga telah berbesar hati dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anggota di atas kesetiaan melakukan tugas walaupun jauh di perantauan dan keluarga tersayang.

Sumber : http://www.airforce.gov.my/

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK



Umat Islam di seluruh Malaysia akan mula menunaikan ibadah berpuasa bermula pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 Hijrah. Warga No 5 Skuadron mengucapkan selamat berpuasa kepada semua anggota dan semoga bulan Ramadhan pada kali ini memberi pengajaran kepada kita dan semoga ibadah yang dilaksanakan diterima olehNya.

Tuesday, June 1, 2010

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TUDM Ke 52

Labuan - Warga No 5 Skuadron mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun TUDM yang ke 52 kepada seluruh warga TUDM.

Pertandingan Memancing No 5 Skuadron


Labuan - Satu pertandingan memancing telah diadakan oleh ground crew No 5 Skuadron pada 29 Mei 2010. Pertandingan ini terbuka kepada anggota No 5 Skuadron sahaja. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 31 orang pemancing. Pertandingan yang berlangsung selama 3 jam itu dimenangi oleh Sjn Zulkifli dengan hasil tangkapan ikan keli seberat 700 gram. Semoga pertandingan seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang.

Saturday, May 15, 2010

AKTIVITI RIADAH MENDAKI BUKIT PAHLAWAN


LABUAN- Pada 14/5/2010, Pagkalan Udara Labuan telah melaksanakan aktiviti riadah mendaki Bukit Pahlawan yang terletak berhampiran dengan Markas No 2 Div Udara. Aktiviti ini turut disertai oleh Pegawai Memerintah No 5 Skuadron serta anggota-anggota No 5 Skuadron. Laluan yang licin dan berliku memberi cabaran yang tersendiri kepada pendaki. Aktiviti seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap anggota di pangkalan ini sentiasa cergas dan dapat menjalankan tugas dengan cekap.

Monday, May 10, 2010

PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA NO 5 SKUADRON

Labuan - Majlis pemakaian pangkat dari LUK ke Kpl U telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah No 5 Skuadron kepada 722466 Kpl U Rahiman bin Ibrahim. Beliau telah mula berkhidmat di skuadron ini sejak 23 Mac 2007. Beliau berasal dari Semporna, Sabah dan telah mendirikan rumah tangga, dikurniakan seorang cahaya mata. Beliau tekun dan rajin dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Semoga karier beliau dalam TUDM terus maju dan menjadi contoh teladan kepada anggota-anggota lain.

TAKRAW-TIGER V NAIB JOHAN


Labuan- Pertandingan akhir sepak takraw antara seksyen telah diadakan pada 7 Mei 2010 yang menemukan dua pasukan iaitu Black Widow dari cawang Operasi dan Tiger V dari No 5 Skuadron. Pertandingan yang sengit ini akhirnya memihak kepada Black Widow dengan kemenangan 2-1. Namun demikian, sokongan yang telah diberikan oleh anggota No 5 Skuadron tidak mengecewakan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Komander Pangkalan kepada para pemenang.