WELCOME TO THE NO 5 SQUADRON OFFICIAL WEBSITE

Saturday, May 15, 2010

AKTIVITI RIADAH MENDAKI BUKIT PAHLAWAN


LABUAN- Pada 14/5/2010, Pagkalan Udara Labuan telah melaksanakan aktiviti riadah mendaki Bukit Pahlawan yang terletak berhampiran dengan Markas No 2 Div Udara. Aktiviti ini turut disertai oleh Pegawai Memerintah No 5 Skuadron serta anggota-anggota No 5 Skuadron. Laluan yang licin dan berliku memberi cabaran yang tersendiri kepada pendaki. Aktiviti seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap anggota di pangkalan ini sentiasa cergas dan dapat menjalankan tugas dengan cekap.

Monday, May 10, 2010

PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA NO 5 SKUADRON

Labuan - Majlis pemakaian pangkat dari LUK ke Kpl U telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah No 5 Skuadron kepada 722466 Kpl U Rahiman bin Ibrahim. Beliau telah mula berkhidmat di skuadron ini sejak 23 Mac 2007. Beliau berasal dari Semporna, Sabah dan telah mendirikan rumah tangga, dikurniakan seorang cahaya mata. Beliau tekun dan rajin dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Semoga karier beliau dalam TUDM terus maju dan menjadi contoh teladan kepada anggota-anggota lain.

TAKRAW-TIGER V NAIB JOHAN


Labuan- Pertandingan akhir sepak takraw antara seksyen telah diadakan pada 7 Mei 2010 yang menemukan dua pasukan iaitu Black Widow dari cawang Operasi dan Tiger V dari No 5 Skuadron. Pertandingan yang sengit ini akhirnya memihak kepada Black Widow dengan kemenangan 2-1. Namun demikian, sokongan yang telah diberikan oleh anggota No 5 Skuadron tidak mengecewakan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Komander Pangkalan kepada para pemenang.

Sunday, May 2, 2010

SERAH MENYERAH TUGAS PENGARAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

KUALA LUMPUR - Majlis serah menyerah tugas Pengarah Bahagian Sumber Manusia telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Nuri. Upacara tersebut disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Brig Jen Dato Mohd Bin Sulong TUDM serta pegawai-pegawai dan staf Bahagian Sumber Manusia. Majlis serah tugas di antara Kol Hj Sanusi bin Samion TUDM mengambil alih tugas daripada Lt Kol Halim Bin Abu Hassan TUDM selaku Pemangku Pengarah Pembangunan Sumber Manusia.

Sumber: http://www.airforce.gov.my

MAJLIS PERPISAHAN KAPT KHALID BERTEMPAT DI LABUAN DEEPSEA SEAFOOD RESTAURANT

Labuan - Satu majlis makan malam sempena pertukaran keluar Kapt Khalid telah diadakan di Labuan Deepsea Seafood Restaurant pada 30 Apr 2010. Majlis tersebut dihadiri oleh Pegawai Memerintah No 5 Skuadron, pegawai-pegawai kanan, para pegawai, krew penerbangan serta keluarga masing-masing.

Dalam ucapan sempena majlis tersebut, Pegawai Memerintah No 5 Skuadron mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan oleh Kapt Khalid sepanjang berkhidmat selama hampir 5 tahun di No 5 Skuadron. Kehilangan beliau pasti dirasai oleh semua anggota kerana beliau seorang yang komited dalam kerja yang dilaksanakan. Pegawai Memerintah mengucapkan selamat jalan kepada beliau dan semoga beliau dapat meneruskan prestasi yang baik di tempat baru.

PEMAKAIAN PANGKAT KOL LIM TIOW YEW TUDM


KUALA LUMPUR – Satu majlis pemakaian pangkat pegawai kanan TUDM iaitu Kol Lim Tiow Yew TUDM telah diadakan bertempat di Eagle Nest pada jam 12 tengahari. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigadier Jeneral TUDM dalam jawatan Timbalan Panglima Headquarters Intergrated Area Defence System (HQIADS). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Udara iaitu Dato’ Sri Rodzali Bin Daud TUDM serta disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.

Sumber: http://www.airforce.gov.my